Tesco menawarkan kemudahan kepada para pelanggan melalui dua cawangan baharu

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2020: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan membuka dua lagi cawangan bulan ini. Tesco Teluk Intan akan mula menyambut pelanggan pada 10 Jun dan Tesco Mines akan mengikutinya pada 17 Jun. Dengan penambahan dua cawangan baharu, Tesco kini akan mengoperasikan 62 cawangan-cawangan di seluruh negara.

“Pelancaran dua cawangan baru kami melambangkan pertumbuhan bukan sahaja untuk jenama Tesco, tetapi juga prospek untuk memperkaya kehidupan masyarakat yang kami layani. Melalui nilai No One Tries Harder for Customer, kami percaya bahawa kami dapat memberikan kemudahan, pilihan, dan nilai untuk wang yang lebih besar serta kemudahan yang lebih baik untuk para pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie.

Beliau menyatakan bahawa pembukaan Tesco Teluk Intan adalah sangat bermakna memandangkan sudah hampir satu dekad sejak Tesco membuka cawangan terakhirnya yang berpangkalan di Perak, iaitu Tesco Seri Iskandar pada tahun 2011.

“Perak terus menjadi pasaran menarik untuk Tesco. Ekonominya yang rancak dan keyakinan pengguna yang tinggi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan peruncit. Sejak pelancaran cawangan pertama kami di Perak melalui Tesco Ipoh pada tahun 2005, kami telah bekerja keras dalam Serving Customers a Little Better Everyday dan telah menjadi peruncit pilihan para pelanggan di negeri ini,” kata Paul.

“Pembukaan cawangan seluas 3,000 meter persegi kami di bandar Teluk Intan yang bersejarah adalah kesinambungan dari nilai yang kami tawarkan kepada bukan sahaja penduduk negeri Perak, tetapi rakyat Malaysia secara umumnya.”

Termasuk pembukaan Tesco Teluk Intan, Tesco kini akan mengendalikan lapan cawangan di negeri utara itu, iaitu Tesco Ipoh, Extra Ipoh, Kampar, Manjung, Stesen 18, Taiping dan Seri Iskandar.

Sementara itu, Tesco Mines adalah terletak di kawasan berkepadatan tinggi Seri Kembangan, di mana kebanyakan penduduk menginginkan cara untuk membeli-belah barangan dapur secara cepat dan lancar untuk keperluan keluarga mereka. Untuk memenuhi keperluan ini, Tesco Mines adalah hanya bersaiz seluas 2,000 meter persegi.

“Penyelidikan pasaran kami menunjukkan bahawa pelanggan-pelanggan Lembah Klang kekurangan masa dan membeli-belah untuk keperluan harian dianggap sebagai tugasan. Pelanggan-pelanggan ini ingin mencari barangan dapur yang mereka mahukan dan menyelesaikan perbelanjaan secepat mungkin,” kata Paul.

“Kombinasi cawangan yang bersaiz 2,000 meter persegi dan kelebihan kami mengekal rata harga ayam Halal kami pada RM5.99 sekilogram sejak Ogos 2016 serta produk Jenama Sendiri Tesco kami yang rata-rata 10 peratus lebih murah daripada jenama nasional membolehkan kami memberikan kemudahan dan nilai wang kepada pelanggan di kawasan ini yang sebelumnya tidak dapat menikmati semua ini.”

Ini adalah cawangan 2,000 meter persegi kedua Tesco, selepas Tesco Wangsa Walk yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Tesco juga secara kolektif mengajikan lebih dari satu ratus rakan sekerja tempatan di cawangan Tesco Teluk Intan dan Tesco Mines, yang telah mewujudkan kesan sosio-ekonomi yang positif di kedua-dua kawasan tersebut.

“Kedua-dua cawangan Tesco Teluk Intan dan Tesco Mines adalah 100 peratus dikendalikan oleh rakyat Malaysia, oleh itu menggarisbawahi komitmen kami dalam mewujudkan pekerjaan bagi rakyat Malaysia pada masa yang banyak kehilangan sumber pendapatan mereka kerana pandemik Covid-19 yang sedang berlanjutan,” ujar Paul.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tesco telah menggaji lebih 400 rakan sekerja baru untuk membantu peningkatan permintaan semasa PKP serta perayaan Ramadan dan Hari Raya. Selain itu, Tesco juga merupakan salah satu syarikat yang mengambil bahagian dalam Program Penyediaan Kerjaya Kementerian Wilayah Persekutuan, yang menyaksikan golongan gelandangan di Kuala Lumpur dilatih dan diambil bekerja.

Untuk memastikan bahawa Tesco tetap menjadi tempat yang selamat untuk berbelanja, Tesco telah melaksanakan semua Prosedur Operasi Standard kerajaan yang ditetapkan di cawangan-cawangannya termasuk Tesco Teluk Intan dan Tesco Mines. Langkah-langkah ini, yang juga merupakan normal baharu sekarang, termasuklah mencatat maklumat yang relevan untuk kemungkinan jejak kontak, memeriksa suhu badan orang ramai sebelum masuki cawangan, menyediakan cecair antiseptik tangan untuk penggunaan pelanggan, membatasi jumlah pelanggan di cawangan pada bila-bila masa, penanda jarak sosial pada lantai serta mendorong pelanggan memakai pelitup muka untuk mengurangkan penyebaran jangkitan.

Kedua-dua cawangan baharu ini juga diaktifkan dengan aplikasi Scan & Shop serta Kaunter Pembayaran Layan Diri tanpa tunai sepenuhnya yang menerima pembayaran dari American Express, Mastercard, dan Visa serta e-dompet AliPay, Boost, GoodKredit, GrabPay, Kiple, dan TnG eWallet. Gabungan kedua-dua perkhidmatan ini akan membolehkan pelanggan terus mempraktikkan penjarakan sosial ketika berbelanja.

Aplikasi Scan & App membolehkan pelanggan mengimbas barangan runcit mereka sendiri semasa mereka membeli-belah di mana-mana cawangan Tesco. Melalui aplikasi tersebut, pelanggan juga dapat menjejaki jumlah perbelanjaan mereka yang akan membantu menguruskan belanjawan mereka. Setelah selesai, mereka boleh terus pergi ke Kaunter Pembayaran Layan Diri, memberikan kod bar yang dihasilkan aplikasi dan membayar tanpa mengeluarkan barang dari bakul atau memerlukan juruwang mengimbas barang.

Para pelanggan digalakkan untuk Suka dan Ikuti halaman Facebook rasmi Tesco untuk promosi potongan harga sempena pembukaan kedua-dua cawangan baharu tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here