Informasi Biasiswa “ATC Cares 2020”

Dalam menghadapi keadaan ekonomi yang merundum, ramai yang terjejas bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia akibat daripada pandemik Covid-19. Menyedari keadaan ini, kami dari Advance Tertiary College (ATC) ingin turut serta membantu keluarga dan pelajar yang terjejas supaya  dapat meneruskan pengajian seperti biasa.

Sehubungan itu, ATC telah melancarkan tabung biasiswa “ATC Cares 2020” yang di sasarkan kepada kumpulan B40 (pendapatan isi keluarga kurang daripada RM4000 sebulan). Penerima biasiswa “ATC Cares 2020” berpeluang melanjutkan pelajaran dengan hanya membayar yuran pendaftaran kursus yang dipilih manakala yuran pengajian kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kolej ATC. Pelajar lepasan SPM/STPM/A’Level/UEC layak untuk memohon belajar di kampus Kuala Lumpur atau Pulau Pinang untuk sesi pengambilan bulan Jun dan Julai 2020.

Kami, di Advance Tertiary College (ATC) berharap tabung biasiswa “ATC Cares 2020” akan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kumpulan sasaran B40 di Malaysia supaya dapat meneruskan pengajian dalam mengejar cita-cita yang ingin dicapai.

#kitajagakita

Untuk memohon biasiswa “ATC Cares 2020”, sila layari pautan https://www.atc2u.edu.my/atc-cares/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here