Malaysia diiktiraf lima negara terbaik kawal pandemik Covid-19

Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan, yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.

“Penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjauan global. Malaysia berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi,” katanya dalam sidang media harian di sini.

Beliau berkata Perdana Menteri mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, selain turut melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Jelasnya hasil kerjasama baik seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan, ia telah membantu kerajaan dalam melandaikan lekuk Covid-19 di negara ini.

“Hari ini memasuki hari ke-90 rakyat Malaysia menjalani PKP, yang pastinya agak sukar pada peringkat permulaannya apatah lagi pandemik terpahat sebagai sejarah kehidupan kita, ada juga antara kita terpaksa menghadapi kawalan yang sangat ketat apabila PKPD diperkenalkan.

“Kerjasama yang diberikan seluruh rakyat serta pengorbanan besar daripada (petugas) barisan hadapan, … (hasilnya) kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 dengan meratakan lengkung pandemik itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here