Gangguan bekalan air di Petaling pulih, kerja baiki siap awal

Pembaikan paip pecah bersebelahan Lebuhraya Besraya, berhampiran kawasan pembinaan kondominium Kenwingston Avenue, Sungai Besi siap lebih awal daripada dijadual, pada 3.00 pagi hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan air sedang diagihkan ke Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan di kawasan Petaling.

“Bekalan air dijangka dapat dipulihkan sepenuhnya ke kawasan yang terlibat selewat-lewatnya 8.00 pagi.

“Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan menerusi tangki air bergerak masih dijalankan. Pengguna dinasihat agar gunakan air dengan lebih berhemah,” katanya pada kenyataan media.

Air Selangor terus mengemas kini status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman web rasminya 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here