KERJA PEMBAIKAN PAIP PECAH DI WILAYAH PETALING SIAP SEPENUHNYA

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga di tepi Lebuh Raya Besraya, berhampiran tapak Kondominium Kenswington Avenue, Sungai Besi telah siap dilaksanakan lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 3.00 pagi, hari ini.

Bekalan air telah disalurkan ke kawasan Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan di Wilayah Petaling dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 8:00 pagi ini.

Bagi kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori-lori tangki masih terus digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas. Para pengguna disarankan menggunakan air secara berhemat.

Maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh didapati dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here