SUNQUICK UMUM DERMA RM 127,866 BERSEMPENA INISIATIF RAMADAN

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 26 Jun, 2020 – Sunquick Malaysia hari ini mengumumkan jumlah kutipan derma bersempena promosi Ramadan yang berlangsung baru – baru ini. Bersama sokongan dari para pelanggan, Sunquick telah berjaya meraih RM 127, 866 untuk didermakan kepada Yayasan OrphanCare.

Inisiatif Ramadan yang berlangsung dari 23 April sehingga 24 Mei memperlihatkan Sunquick berkongsi budaya kebersamaan dalam kalangan komuniti menerusi setiap pembelian botol besar kordial Sunquick.

“Sunquick Malaysia percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk gembira dalam kehidupan dan dibesarkan situasi penuh kasih sayang,” kata Dato’ Seri Barkath Ali, Pengerusi Barkath CO-RO, pengilang rasmi Sunquick Malaysia. Sebagai jenama yang sinonim dalam isi rumah di Malaysia, Sunquick telah berkembang seiring dengan budaya dan nilai – nilai murni di Malaysia, kami amat menghargai sokongan padu yang disampaikan oleh pelanggan setia dan rakan kerja dalam sumbangan mereka untuk kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.”

Di Malaysia, laporan telah mencatatkan bilangan bayi yang mati akibat dibuang atau ditinggalkan meningkat kepada 64% dari tahun 2010 – 2019[1]. Malahan, terdapat juga pertambahan dalam kalangan anak yatim di Malaysia dengan kebanyakan pusat atau rumah anak yatim yang menderita dari segi kewangan bagi meneruskan operasi dalam menguruskan kanak – kanak ini.

“Kerjasama yang terjalin dengan Sunquick Malaysia sebagai rakan rasmi minuman amat membantu dalam pengurusan seharian kami di OrphanCare Foundation,” kata Cik Yuzila Yusof, Ketua Pegawai Operasi Yayasan OrphanCare. “Sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia ini amat bermakna bagi kami kerana masih ada syarikat dan komuniti yang masih menitikberatkan isu kanak-kanak berisiko.”

Menerusi Kumpulan Barkath, pengedar Sunquick bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, pelbagai saat manis dirakam di Malaysia bagi lebih 40 tahun menerusi kepelbagaian rangkaian minuman buah – buahan. Bakal menyambut ulang ke-80 Kumpulan Barkath pada Ogos ini, Sunquick berharap untuk sekali lagi membuat kebaikan dengan bantuan komuniti dan rakan sekerja dalam melahirkan lebih keriangan bagi kanak – kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here