Kerajaan PH yang tidak dedah laporan kebakaran HSA 2016

AHLI Dewan Undangan Negeri DAP Teng Chang Khim dikritik kerana mendesak kerajaan Perikatan Nasional untuk mendedahkan hasil siasatan dan perbincangan Jawatankuasa Khas berhubung kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada tahun 2016.

Menurut bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, laporan tersebut telahpun siap pada 6 Jun 2018 iaitu selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Laporan itu juga telah diserahkan kepada kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Masa menyerah laporan, pengerusi jawatankuasa mendesak kerajaan PH untuk mengumumkan dan mendedahkan laporan tersebut.

“Setelah setahun berkata demikian, kerajaan PH masih tak dedahkan laporan tersebut. Akhirnya, laporan tersebut tidak pernah didedahkan sehingga rejim Gagalkrasi PH tumbang pada 24 Februari 2020.

“Semalam, pemimpin-pemimpin PH pula mengambil kesempatan untuk kecam kerajaan PN kerana tak dedahkan laporan tersebut,” kata Najib.

Dalam artikel yang disiarkan ahkbar tempatan Chang Khim mempersoalkan mengapa Kerajaan PN tidak mendedahkan hasil laporan tersebut.

“Mengapakah pemerintah Perikatan Nasional tidak mendedahkan laporan penyiasatan kebakaran HSA kepada umum setelah kerajaan Pakatan Harapan menjadikan ia sebagai sulit? Apa yang mereka cuba sembunyikan? Siapa yang mereka lindungi?” tanya Chang Khim.

Kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada tahun 2016 menjadi tumpuan ramai selepas enam nyawa terkorban dalam insiden itu.

Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata, seorang ketua pengarang portal, Boo Su-Lyn yang pernah mendedahkan beberapa dapatan laporan tersebut dalam artikel-artikelnya pada bulan Mac lalu kini disiasat oleh polis.

Justeru beliau merayu kepada pihak polis dan pejabat Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan yang drastik ke atas Boo Su-Lyn kerana beliau dilihat ikhlas untuk menambah baik sistem kesihatan Malaysia.

Malah Najib turut berpendapat, kerajaan PN perlu mendedahkan laporan tersebut serta-merta kerana laporan berkenaan sudah lama siap.

“Tahun lepas, Boo juga pernah banyak kali mengecam skim MySalam yang merupakan projek kesayangan Menteri Kewayangan PH bersama syarikat Insurans milik penuh Singapura kerana pulangan projek itu tak masuk akal dan banyak merugikan negara.

“Boo tulis tentang laporan Hospital Sultanah Aminah sejak tahun 2019 sehingga bulan Mac 2020 lalu kerana dia tidak mahu tragedi kebakaran untuk berulang. Malangnya, kebakaran Hospital Sultanah Aminah berlaku sekali lagi,” kata Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here