Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 730 Orang Tengah Hari Ini

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat tengah hari ini dengan 730 mangsa daripada 225 keluarga masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah setakad pukul 12 tengah hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 324 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 230 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Tenom.

”Selain itu, 63 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar dan 113 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di satu PPS di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

Banjir di Sabah dijangka beransur pulih petang ini ekoran keadaan cuaca kini yang semakin baik.

  Sebanyak 11 daerah melibatkan 152 kampung di Sabah telah terjejas akibat hujan lebat pada Sabtu lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here