SUNWAY, CELCOM, DAN HUAWEI JALIN KOLABORASI TIGA PIHAK PERTAMA DI MALAYSIA BAGI MEMAJUKAN 5G DAN MENEROKA RUMUSAN PINTAR

Sunway City Kuala Lumpur

Sunway Berhad (Sunway), Celcom Axiata Berhad, (Celcom) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka kolaborasi tiga pihak pertama di Malaysia ke arah memajukan rumusan perbandaran pintar merangkumi Internet Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI), dengan sambungan generasi kelima (5G).

MoU tersebut bertujuan meneroka potensi bagi Celcom dan Huawei untuk menjadi pemboleh teknologi 5G kepada Sunway group. Sunway City Kuala Lumpur akan menjadi ‘tapak pelancaran’ perkongsian yang pertama seumpamanya.

Kesemua ketiga-tiga pihak akan meneroka kemungkinan untuk saling memudah cara dan menyokong di dalam eko-sistem digital bagi mempromosi penggunaan teknologi untuk memperkaya kehidupan orang ramai.

Cadangan kolaborasi itu akan manyaksikan pembangunan rumusan pintar di dalam bidang-bidang keselamatan dan keamanan awam, telekesihatan, e-pembelajaran, hospitality, riadah dan pengalaman runcit menggunakan teknologi telekomunikasi tercanggih apabila ia dapat diadakan untuk Sunway City Kuala Lumpur, model bandar raya lestari pintar Malaysia, selain pembangunan lain sedia ada Sunway dan yang akan datang. Kolaborasi tiga pihak ini juga akan menyumbang ke arah mencapai pembangunan lestari kepada negara kita.

Dengan sambungan 5G akan memacu penggunaan optimum rumusan IR4.0 untuk perbandaran pintar, ketiga-tiga pihak terbabit akan berpotensi membangunkan reka bentuk seni bina, menggunakan kes-kes dan pelaksanaan projek berasaskan piawaian teknologi terkini untuk rangkaian selular bagi Sunway City Kuala Lumpur.

“Kami berbangga untuk menjalin perkongsian bersama Celcom, sebagai telco utama yang memiliki liputan rangkaian paling luar di negara ini, dan Huawei, salah satu daripada peneraju glabal di dalam aplikasi 5G, di dalam perkongsian tiga pihak yang pertama seumpamanya ini, bagi memajukan teknologi 5G untuk Sunway City Kuala Lumpur,” kata Dato’ Chew Kin, Presiden Kumpulan Sunway Berhad.

“Kami membayangkan Sunway City Kuala Lumpur menjadi model bandar raya lestari pintar Malaysia di mana masyarakat tinggal, bekerja, bermain, belajar di dalam persekitaran yang selamat, sihat dan disambungkan dengan Internet,” ujar beliau.

“Selepas lebih daripada sedeka bekerja bersama, kami berbangga untuk menganjak perkongsian dengan Sunway Group ini ke tahap seterusnya. Kolaborasi ini menjadi platform sempurna bagi Celcom untk mempamerkan bagaimana teknologi boleh menyediakan asas teguh bagi perbandaran pintar menyeluruh, dan meningkatkan lagi kehidupan masyarakatnya,” kata Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata.

Cadangan kolaborasi ini akan meningkatkan kapasiti pembinaan teknologi kami, dan potensi yang sangat luas di dalam menyediakan produk dan perkhidmatan inovatif, sambil mencipta situasi ‘menang-menang’ untuk memanfaatkan industri, rakyat dan mencipta aspirasi digital negara,” kata Idham.

Celcom telah meneguhkan kedudukannya sebagai pemboleh digital di dalam eko-sistem digital negara, melonjakkannya menjadi penyedia multi-akses bersepadu, perkhidmatan multimedia dan rumusan Internet Benda, seiring dengan kepesatan teknologi dan perubahan tingkah laku pengguna.

Sebagai pengendali telefon bergerak Malaysia dengan liputan rangkaian paling luas, Celcom menguasai 93% liputan populasi 4G bersama dengan 83% bagi 4G LTE-A. Celcom terus berusaha meluaskan rangkaiannya untuk memperkasa semua masyarakat baik di bandar mahupun luar bandar di seluruh negara, dengan sambungan yang lancar.

Sejak mewakili ujian pertama 5G Malaysia pada 2017, rangkaian teras Celcom dan lebih 2,200 tapak 4G LTE-A kini bersedia untuk peralihan ke arah 5G, membuka jalan untuk mencapai matlamat kolaborasi tiga pihak.

Sementara itu, Michael Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia berkata, “Dunia kini bergerak pesat ke arah era digital dan disambung dengan internet sepenuhnya, dan adalah penting bahawa konglomerat seperti Sunway Group memahami kepentingan transformasi digital dan terus melaksanakan peralihan digital. Sebagai peneraju di dalam rumusan ICT, kami adalah komited terhadap rakan-rakan kami di dalam memberikan perkhidmatan yang terjamin, boleh diharap dan berkekalan bagi membantu mereka tumbuh di dalam dunia pintar.”

Sunway dan rakan-rakan rumusannya, sementara itu, akan berpeluang menjadi sebahagian daripada Pusat Kecemerlangan Digital Celcom (“CODE”), di dalam menguji teknologi telekomunikasi dan berpotensi membangunkan lagi kes-kes terpakai yang penting untuk wawasan rumusan pintar Sunway, terutama di dalam Sunway City Kuala Lumpur.

“Dengan kolaborasi ini, kita berharap unutk meletakkan kedudukan Sunway City Kuala Lumpur sebagai satu daripada model bandar raya lestari dan pintar di Asia,” tambah Dato’ Chew.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here