Peniaga digesa pakai pelitup muka, beri kesedaran kepada pembeli

Peniaga negeri ini diingatkan sentiasa memakai pelitup muka untuk menggalakkan pembeli melakukan perkara sama.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata langkah itu membentuk budaya memakai alat perlindungan itu selain mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Selagi tiada kesedaran kita sukar membentuk norma baharu dalam kehidupan. Penguatkuasaan (memakai pelitup muka) sudah tidak perlu jika rakyat sedar kepentingannya,” katanya.

Khamis lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak bermula 1 Ogos.

Katanya, kerajaan juga bersetuju untuk mengetatkan semula tatacara operasi piawai berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here