Kes Covid-19 di India melepasi 1.5 juta

Jumlah Covid-19 di India melepasi angka 1.5 juta pada Rabu, mencecah 1,531,669 kes, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu berkata, 768 kematian baharu dan 48,513 kes positif dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan angka korban sebanyak 34,193 dan jumlah kes 1,531,669.

Sementara itu, seramai 988,029 pesakit diizin keluar hospital.

“Jumlah kes aktif di negara ini sekarang sebanyak 509,447,” kata kementerian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here