Jumlah Kes Covid-19 Di Seluruh Dunia Melepasi 19 Juta

Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 19 juta.

Agensi berita Sputnik, memetik data John Hopkins University melaporkan jumlah sebenar kes COVID-19  adalah 19,007,938 pada Jumaat, 02.00 GMT.

Lebih 713,000 orang meninggal dunia kerana pandemik ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan penularan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sebilangan besar kes setakat ini didaftarkan di Amerika Syarikat, Brazil dan India.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here