Bapa Dilaporkan Maut, Dipercayai Cuba Selamatkan Anak Terjun Dari Tingkat 25 Bangunan Sofea, Syafiq, 1 jam lalu

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan telah terjun dari bumbung bangunan 25 tingkat dan jatuh di atas bapanya di tingkat bawah yang sedang berusaha untuk menangkap dan menyelamatkannya.

Menurut laporan Mothership, remaja dan bapanya itu dilaporkan telah meninggal dunia akibat insiden itu.

Kejadian yang berlaku pada 22 Ogos di jalan Yuchan itu telah dirakam dan menjadi tular di China walaupun pihak berkuasa telah meminta agar ia tidak disebarkan di media sosial.

Saksi berkata bahawa ketika remaja itu melompat ke bawah, bahagian belakangnya juga menghadap ke bawah.

Seorang individu menjerit agar orang ramai yang berkumpul di bawah bangunan untuk segera beralih dari situ.

Pun begitu, bapa kepada remaja itu enggan beralih malah dia berlari dan cuba untuk menangkap anaknya.

“Dia berlari dan cuba menyelamatkannya namun juga dihempap hingga mati,” kata saksi tersebut.

Menurut maklumat yang diperoleh Sing Tao Daily yang dipetik Mothership, gadis tersebut berasa tidak gembira setelah bapanya mahukan dia mengikuti kelas piano. Remaja itu dilaporkan menghadiri kelas muzik di sekolah yang terletak di tingkat pertama bangunan yang dia lompat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here