COVID-19: Negeri Zon Hijau Bertambah Kepada 5, Melaka Jadi Zon Hijau Terbaru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 13 Ogos hingga 26 Ogos 2020.

Menerusi data taburan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon hijau terus mencatatkan peningkatan. Setakat ini, zon hijau dilaporkan telah bertambah kepada 5.

Antara negeri-negeri telah diiktiraf sebagai zon hijau itu adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan terbaharu, Melaka.

Menurut KKM, 5 negeri yang bertukar menjadi zon hijau ini telah mencatatkan ketiadaan kes baharu Covid-19 sejak 13 Ogos hingga 26 Ogos 2020 iaitu selama 14 hari.

Sehubungan dengan itu, KKM menyeru kepada orang ramai agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi membantu kerajaan untuk menjadikan seluruh negara sebagai zon hijau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here