Bos AirAsia bangunkan ‘aplikasi super’, saingi Grab, Gojek

CEO kumpulan AirAsia Tony Fernandes sedang membangunkan “aplikasi super” yang diharap dapat menyaingi Grab dan Gojek, berikutan syarikat penerbangan tambang murah itu bergelut dengan impak Covid-19.

Dalam temubual dengan BBC, beliau berkata aplikasi “semua dalam 1” akan digunakan untuk penghantaran makanan, membeli-belah, pembayaran, hiburan dan perjalanan.

Fernandes berkata, beliau meneroka kaedah baru untuk menjana pendapatan selepas sekatan akibat Covid-19 menjejaskan industri penerbangan.

AirAsia baru-baru ini melaporkan kerugian bersih RM992.9 juta dalam 3 bulan yang berakhir pada 30 Jun. Penjualan merosot 96% kepada hanya RM119 juta.

Fernandes berkata, beliau menghabiskan masanya ketika kemerosotan untuk memperbaiki aplikasi dan platform pembayaran syarikat, BigPay.

“Kemerosotan adalah hikmah dalam beberapa cara kerana ini memungkinkan kita untuk lebih fokus. Menjalankan syarikat penerbangan memerlukan banyak masa tetapi kami diberi peluang dan masa untuk fokus pada perniagaan digital kami,” katanya seperti dilaporkan BBC.

Fernandes berharap, aplikasi AirAsia yang juga menawarkan perkhidmatan pesanan, dapat bersaing dengan aplikasi super seperti Grab yang berpangkalan di Singapura, Gojek Indonesia dan Meituan China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here