Sejak PRK Cameron Highlands hingga Slim, rakyat pilih Najib atau PH? -Najib soal PH

Bekas Perdana Menteri mengingatkan rakyat mengenai kempen Pakatan Harapan pada setiap kali Pilihanraya kecil yang hanya bermodalkan kempen mengkritik dirinya.

“Di setiap PRK, ada satu persamaan modal politik PH. Satu sahaja. Apa dia? Najib, Najib, Najib.”

“Sejak 2018 sampai 2020 di setiap PRK. Betul tak betul saya cakap ni? Ingat?”

“Ada yang cabar Najib turun berkempen. Malam itu juga Najib pergi. Ada yang cakap “bossku” penyakit gila, minggu itu juga Najib pergi. Ada yang sebut-sebut saya kat ceramah, terus Najib pergi.”

“Ya. Seluruh PH lawan Najib seorang sehingga hari ini. PH berkempen menentang Najib walaupun Najib bukan calon.”

Menurut Najib, PH menganggap setiap kali PRK adalah sebagai pilihanraya untuk mengundi PH ataupun Najib.

“PH sifatkan setiap pilihan raya ini sebagai referendum terhadap Najib walaupun Najib bukan lagi PM.”

“PH mahu rakyat buat pilihan. Sama ada pilih PH atau Najib. Setiap PRK sama. Minta rakyat pilih PH atau Najib.”

“Kuasa di tangan rakyat. Maka rakyat pun buat keputusan. Di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini, Slim.”

“Kemudian PH pun diam-diam, angkat beg, balik rumah. Aik. Jadi sekarang macam mana?”soal Najib di Facebooknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here