Seorang bapa yang marah dengan anaknya bertindak menjatuhkan hukuman yang agak keras terhadap budak kecil itu dan akhirnya tindakannya memalukan dirinya sendiri selain mendapat kecaman warga maya.
Lelaki tersebut dikatakan marah dengan anaknya yang malas membuat kerja rumahnya. Ekoran itu dia mengambil keputusan memberi sedikit pengajaran dan membolehkan anaknya “menilai dirinya”.
Pada malam kejadian itu anaknya ditinggalkannya di pusara nenek moyangnya dengan harapan budak kecil itu akan sentap dan tidak malas lagi membuat kerja rumahnya.
Dia meninggalkan anaknya di situ dan keluar dalam jarak beberapa meter dari tanah perkuburan itu untuk membuat panggilan telefon. Apabila dia kembali ke tanah perkuburan itu dia terkejut melihat anaknya sudah tiada lagi di situ.
Bimbang dengan keselamatan anaknya dia mengubungi polis dan meminta bantuan mereka. Selepas melakukan gerakan mencari selama 40 minit polis menemui kanak-kanak di sebatang jalan yang sunyi dan gelap tidak jauh dari tanah perkuburan terbabit.
Kanak-kanak itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun diganggu sesiapa.
Bagaimanapun tindakan bapanya memberi hukuman sebegitu rupa dengan anaknya menimbulkan kecaman dan kritikan dari orang ramai. Ramai yang memberi saranan supaya lelaki itu sendiri “menilai dirinya”.