Kalau benar doa Muhyiddin, kedudukannya sebagai PM kena disahkan

Kewajiban untuk mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti yang yang cukup untuk kekal sebagai perdana menteri kini terletak di atas bahu beliau sendiri.

Ini kerana, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jaisn, Speaker Dewan Rakyat tidak lagi boleh dipercayai untuk menjalankan tugas itu kerana “sampai kucing tumbuh tanduk pun usul-usul percaya dan tidak percaya terhadap Muhyiddin tidak akan dibahaskan.”

“Kita tolak Speaker dan pihak-pihak lain sebelah. “Onus” (kewajipan) terletak di atas bahu Muhyiddin sendiri.

“Kalau dia seorang insan yang seperti terkandung dalam doa-doanya maka dia sendiri akan membenarkan kesahihannya sebagai Perdana Menteri diuji dan diputuskan oleh Dewan Yang Mulia,” kata Kadir dalam tulisannya di facebook beliau.

Kadir mengulas pendedahan Notis Usul yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang menyatakan beliau telah mengemukakan usul tidak percaya kepada Muhyiddin pada 25 September lalu.

Namun, dalam jawapannya, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun meminta Ku Li berunding dengan Datuk Takiyuddin Hassan untuk membolehkan usul itu dibincang dan diundi.

Bagi Kadir, bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu, jika Muhyiddin tidak bersedia untuk sahkan kedudukannya di Dewan Rakyat, ada sesuatu yang menghalang beliau.

“Atau ada sesuatu yang selama ini kita tidak tahu yang menyekat beliau daripada bertindak sedemikian?” kata Kadir.

Beliau merujuk kepada tampalan media sosial bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang antara lain berbunyi:

“Semasa PM7 letak jawatan secara mengejut, pendirian Umno masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu.

“Namun Majlis Raja-raja tidak setuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN.”

“Dalam kaitan ini, adakah Mohd Najib telah mendedahkan satu rahsia besar mengenai peranan Raja-raja Melayu dalam penubuhan dan kelangsungan (survival) kerajaan Perikatan Nasional?” tanya Kadir.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here