COVID-19: CT Value gelombang ketiga membimbangkan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui paras ambang atau ‘Cycle Threshold’ (CT Value) jangkitan di COVID-19 di Kedah dan Sabah rendah berbanding gelombang pertama dan kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia disebabkan aktiviti pengesanan kontak secara aktif yang berjaya mengesan kes di peringkat awal.

“Jika kita lihat di negeri Sabah, kita (KKM) mengesan CT Value yang rendah kerana kita melaksanakan aktiviti saringan dengan cepat.

“Kalau kita kesan kes-kes pada permulaan dibandingkan dengan gelombang pertama dan kedua, CT Value-nya adalah pada penghujung jangkitan.

“Apa yang kita lakukan menerusi pengesanan kontak secara aktif dan mengenal pasti kes aktif dengan cepat, jadi CT Value-nya rendah.

“Kemungkinan jumlah virus ketika itu adalah tinggi. Apabila jumlah virus tinggi dalam badan seseorang, kebolehjangkitan adalah lebih tinggi kerana kita dapat kesan di peringkat awal,” katanya.

Sumber di sebuah makmal universiti memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa jumlah CT Value pada gelombang ketiga COVID-19 adalah sekitar 16 hingga 18 iaitu jauh lebih rendah berbanding semasa gelombang pertama dan kedua, iaitu pada purata 23 hingga 30.

Pengesanan nilai CT Value dapat dilihat ketika pelaksanaan ujian RT-PCR apabila jumlah virus atau ‘virus load’dikesan lebih cepat dengan kitaran nilai ambang CT Value yang sedikit.

Ia sekali gus memberi petunjuk bahawa virus COVID-19 dari individu yang dikesan positif amat mudah menjangkiti individu lain.

Dr Noor Hisham pada masa sama tidak menolak kemungkinan bahawa CT Value yang rendah pada gelombang ketiga berpunca daripada mutasi D614G.

“Faktor mutasi virus D614G menjadikan jumlah virus load adalah tinggi dan ini menjadikan virus tersebut mudah menjangkiti.

“Jadi kalau kita lihat CT Value yang rendah di Kedah dan Sabah, ia mungkin disebabkan mutasi virus dan jangkitan yang telah berlaku lebih cepat dalam kalangan mereka yang terdedah kepada kes positif,” katanya.

Untuk memahami apa itu CT Value dalam ujian RT PCR berikut adalah perinciannya;

Cycle Threshold (CT) value ataupun “nilai kitaran ambang” adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberi isyarat melintasi paras Nilai ambang atau (threshold Level) dan dikesan sebagai positif.

Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka kita dapat rumusan;

  1. Kesan virus ( virus load ) dalam badan adalah tinggi
  2. Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
  3. Pengesanan Kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
  4. Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini

5 Ada kemungkinan ini adalah kesan mutasi protein “spike” atas permukaan virue yg meningkatkan keboleh jangkitan dgn virus load yg tinggi

Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna

  1. Jangkitan berada di peringkat akhir
  2. Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
  3. Pengesanan kes di peringkat lewat
  4. Mungkin jangkitan kes dalam peringat pemulihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here