Polis Angola lepaskan gas pemedih mata untuk lerai penunjuk perasaan

Polis antirusuhan Angola, beberapa orang yang menunggang kuda, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan memukul penunjuk perasaan ketika beberapa orang berkumpul di jalan raya di ibu negara Luanda dalam tunjuk perasaan antikerajaan kelmarin.

Penunjuk perasaan telah meletakkan sekatan di sepanjang jalan raya menggunakan tong pengangkut, ketulan batu besar dan tayar yang dibakar, sementara yang lain telah membakar bendera negara, menurut seorang jurugambar AFP.

Para penunjuk perasaan turut membakar sebuah balai polis di sebuah kawasan kejiranan di pinggir bandar utama tepi laut Luanda, menurut seorang sumber polis.

Sumber yang meminta tidak dikenal pasti memberitahu AFP bahawa tunjuk perasaan menuntut bagi mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan “Mengakibatkan sekatan dan tindakan vandalisme”.

Pilihan raya perbandaran yang telah dijadualkan bagi tahun ini, telah ditangguhkan disebabkan oleh pandemik koronavirus.

“Itu merupakan tindakan rusuhan, dalam satu pelanggaran ketara bagi sekatan pandemik yang baharu, yang tidak membenarkan perhimpunan jalanan bagi lebih dari lima orang,” kata beliau.

“Rakyat juga harus mendengar kenyataan mereka yang mentadbir.”

Bermula pada malam Jumaat, kerajaan mengumumkan sekatan baharu bertujuan untuk mengehadkan penyebaran pandemik koronavirus ketika negara melihat satu peningkatan sebanyak 30 peratus bagi kes COVID-19 semenjak dua minggu lepas.

Kelmarin sahaja, sekurang-kurangnya 8,829 kes positif koronavirus yang telah dikesan dengan 265 daripadanya adalah maut.

Sumber polis menyatakan sebahagian dari rakan setugasnya telah turut diserang dan tercedera semasa tunjuk perasaan kejam.

Beberapa wartawan turut diserang, ditahan sekejap dan beberapa orang dipaksa agar memadamkan rakaman mengenai bantahan dari kamera mereka, menurut saksi.

Kumpulan masyarakat awam menyatakan protes yang turut diadakan bagi menuntut pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

Kumpulan pembangkang utama Unita, yang mengemukakan protes, menyatakan setiausaha wilayah mereka di Luanda, Manuel Ekuikui, telah diserang oleh pihak polis.

“Sikap yang ditunjukkan oleh pihak rejim jelas menunjukkan bahawa Angola berada dalam keadaan yang sama ada demokratik mahupun berdasarkan kepada peraturan undang-undang,” jurucakap Unita Marcial Dachala memberitahu AFP.

Beliau menyatakan permintaan bagi satu tarikh pilihan raya, seruan bagi tahap kehidupan yang lebih baik dan satu perkembangan mengenai usaha menentang rasuah “tidak seharusnya dihadapi dengan penggunaan gas pemedih mata dan peluru hidup.”

Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa seorang telah ditembak mati semasa bantahan.

Pihak polis tidak memberikan responS bagi panggilan untuk memberikan komen balas.

Anggota tentera membawa raifal serangan telah turut dikesan semasa bantahan yang berlaku di tanah perkuburan Santa Ana.

Bantahan kelmarin merupakan pertunjukan terkini bagi kekecewaan terhadap kerajaan oleh rakyat Angola sejak beberapa bulan lepas.

Protes umum adalah agak jarang berlaku di Angola dan sering kali disasarkan oleh pasukan keselamatan semasa pemerintahan bekas presiden Jose Eduardo dos Santos, yang meletakkan jawatan pada 2017.

Namun di bawah Presiden Joao Lourenco, ia telah menjadi kerap berlaku.

Pada awal bulan ini rakyat Angola berarak membantah tindakan rasuah negara.

Pada bulan lepas beratus-ratus orang berarak di Luanda bagi membantah terhadap kekejaman polis selepas seorang doktor ditangkap melanggar peraturan antikoronavirus, meninggal dunia ketika dalam tahanan.

Pada Ogos lepas beberapa ratus penunjuk perasaan melakukan rali membantah pengangguran dan kegagalan pihak kerajaan untuk menyediakan 500,000 pekerjaan baharu yang ia telah janjikan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here