Siapa di belakang MalaysiaNow, ini cerita Ahli MT Umno

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali.

Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow. Siapa pemiliknya?

Ikut carian SSM, Abd Ar-Raman Koya adalah single director. Dia adik kepada Latheefa Koya bekas PKR yang dilantik sebagai boss SPRM oleh Tun Mahathir.

Dikatakan Azmin Ali adalah pay master kepada portal ini. Apakah Hamzah juga terlibat. Ada yang kata C5 terlibat.

Bagaimana C5 terlibat. Mudah je. Bocorkan maklumat dalaman. Pusing fakta dan timbulkan provokasi. Macam ada konspirasi terancang sejak 20 September.

Naratif utama portal ini sekarang ialah Umno mahu berkawan dengan Anwar. Bila berkawan dengan Anwar maknanya berkawan dengan DAP.

Mereka yakin isu kerjasama dengan Anwar-DAP adalah senjata ampuh untuk memecah belahkan Umno. Umno-DAP umpama anjing dengan kucing.

Politiking memang sukar dibendung. Azmin main belakang. Dia gunakan MalaysiaNow untuk adu domba. Dia penasihat “darurat” yang gagal.

 Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya pendapat Makkal Osai online. Dr Puad Zarkashi adalah ahli Majlis Tertinggi Umno. Tulisan ini disiarkan dalam facebook beliau. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here