Pilihan Raya AS: Calon Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Menang Di Dakota Utara

Seorang ahli perniagaan dan calon dari Republikan di Dakota Utara yang meninggal dunia akibat COVID-19 bulan lalu, menang pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu pada Rabu.

Difahamkan David Andahl, 55, meninggal dunia 5 Oktober lalu, tetapi namanya masih tertera pada kertas undi dan diumum memenangi satu daripada dua kerusi Dewan Negeri dengan memperoleh 35.53 peratus undi.

Rakannya juga dari Republikan, Dave Nehring turut menang dengan memperoleh 40.72 peratus berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Keluarga Andahl mengumumkan kematiannya menerusi Facebook pada 6 Oktober.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here