Penemuan rangka purba di Jerman tawar petunjuk mengenai zaman prasejarah

Penyelidik Jerman sedang berusaha untuk memahami kehidupan seorang wanita prasejarah yang mati lebih 5,000 tahun lalu pada zaman Neolitik, selepas kerangka tulangnya dijumpai sewaktu kerja penggalian bagi turbin angin.

Kerangka tulang yang dikenali sebagai ‘Lady of Bie-tikow’ itu dijumpai berhampiran sebuah perkampungan dengan nama yang sama di wilayah Uckermark, timur laut Jerman.

Kerangka tulang itu dikebumikan di dalam sebuah penempatan dalam posisi mencangkung, salah satu bentuk pengebumian tertua yang diketahui, menurut media tempatan.

Siasatan menunjukkan dia berusia antara 30 hingga 45 tahun dan mati lebih 5,000 tahun lalu.

Itu bermakna dia hidup pada zaman yang sama de-ngan ‘Oetzi The Iceman’ mayat yang dipelihara de-ngan begitu baik sekali dan dijumpai oleh pelancong di Pergunungan Alps pada tahun-tahun 1990-an.

“Anda dapat memban-dingkan Oetzi dan Lady of Bietikow dari segi usia,” kata Philipp Roskoschinski, seorang daripada dua ahli arkeologi yang membuat penemuan itu di negeri Brandenburg, yang mengelilingi Berlin.

Oetzi dijumpai oleh dua pengembara pada 1991 di Pergunungan Oetztal Alps di sempadan antara Austria dan Itali.

Mayatnya dipelihara de-ngan amat baik sekali, dan organ, kulit dan bahan organik lain masih bagus – penyelidik malah dapat melihat apa yang dia telah makan beberapa jam sebelum dia mati.

“Penemuan Oetzi jauh lebih menakjubkan kerana keadaan pemeliharaan,” kata Roskoschinski.

Apa yang tinggal daripada Lady Bietikow adalah tulang dan beberapa serpihan pakai-an, tetapi penyelidik masih dapat mengumpul beberapa maklumat mengenai kehidupannya.

Pada zaman Neolitik, manusia pertama kali memperkenalkan bijirin ke dalam pemakanan mereka, kerana ia dapat disimpan dengan lebih mudah berbanding daging selain dapat juga digunakan sebagai satu ka-edah pembayaran, menurut ahli antropologi, Bettina Jungklaus.

Bagaimanapun, ini me-nyebabkan kemerosotan kepada kesihatan umum orang ramai.

Ini dapat dilihat dalam keadaan gigi ‘Lady of Bietikow’, yang terhakis dengan teruk dan hilang sepenuhnya di beberapa tempat, kata Jungklaus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here