Penjenayah rompak bank guna jalan pembetung bawah tanah

Polis menerima aduan membabitkan insiden rompakan yang agak luar biasa di Milan baru-baru ini.

Perompak dikatakan menggunakan jalan pembetungan bawah tanah untuk memasuki bank bagi memastikan misi mereka berjaya dan sukar dikesan pihak berkuasa.

Sekitar 8.30 pagi apabila bank dibuka kepada orang ramai, dua lelaki masuk dari pintu hadapan cawangan bank Crédit Agricole yang terletak di Piazza Ascoli dan terus mengacukan pistol ke arah pengurus bank.

Seketika kemudian muncul dua lagi rakan mereka dari lubang pembetungan di dalam bank tersebut.

Pengurus bank dan seorang lagi staf bank tersebut dijadikan tebusan ketika berdozen polis berkumpul mengelilingi bank tersebut.

Selepas mengambil 20 peti duit, mereka memukul kepala pengurus bank dengan pistol dan membunyikan loceng kebakaran.

Keadaan huru-hara yang tercetus akibat loceng penggera kebakaran itu memberi masa kumpulan perompak ini meloloskan diri melalui terowong terbabit.

Pihak polis gagal menjejaki mereka di dalam ratusan terowong bawah tanah terbabit.

Kes dalam siasatan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here