MSU melonjak 40 kedudukan dalam QS Asia University Rankings 2021

Management & Science University (MSU) merupakan universiti ke-139 terbaik di rantau Asia berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2021 serta disenaraikan dalam kalangan 21 peratus universiti terbaik di Asia.

Pencapaian ini merupakan lonjakan 40 kedudukan berbanding berada ditangga ke-179 pada edisi QS Asia University Rankings 2020.

Ia juga menyaksikan MSU berada pada kedudukan ke-13 universiti terbaik di Malaysia.

Penyenaraian MSU dalam QS Asia University Ran-king bermula pada 2018 dan ia terus menjadi indikator penting dalam memperkasa kualiti pendidikan bertaraf dunianya.  

Pencapaian terbaik MSU merangkumi indikator nisbah fakulti antarabangsa (ke-31), nisbah pertukaran keluar pelajar (ke-31), nisbah pertukaran masuk pelajar (ke-41), reputasi majikan (ke-89), nisbah pelajar kepada fakulti  (ke-136) dan reputasi akademik (ke-138).

QS Quacquarelli Symonds ialah agensi berpangkalan di United Kingdom yang membuat penarafan tahunan universiti melibatkan 650 universiti utama daripada 18 negara Asia.

Pencapaian MSU sebagai antara universiti terbaik di Asia bagi 2021 adalah petunjuk positif kepada aspirasi universiti dalam mempelopori kecemerlangan pendidikan tinggi di Malaysia, Asia serta global.  

Ia juga menunjukkan MSU berada di landasan yang tepat dengan matlamat dan visi utama iaitu melahirkan graduan yang mempunyai personaliti yang seimbang, holistik dan kompeten serta mencapai tahap tertentu di peringkat antarabangsa.

MSU menekankan kepada pembangunan universiti dan melahirkan graduan holistik pada masa depan melalui enam indikator tersendiri iaitu industri dan kebolehpasaran, keusahawanan, pengantarabangsaan, komponen penyelidikan, program lestari dan komuniti serta pendidikan fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat.

Seterusnya memainkan peranan penting ke arah memperkasan masa depan serta menyediakan akses pendidikan kepada semua peringkat lapisan masyarakat selaras dengan tagline universiti, Transforming Lives, Enriching Future.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here