Ibu maut bersama dua beranak dipercayai bunuh diri.

KAMPAR: Tiga beranak maut dalam kejadian kebakaran di bilik sewa sebuah unit rumah kedai tiga tingkat di Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Putra, pagi tadi dipercayai bunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, berkata dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa R Kartiga, 35, yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Kampar ditemui bersama dua anaknya S Harrshikka, enam dan S Shaarhveesh, 12, di atas katil bilik dengan jarak kira-kira 1.5 meter daripada pintu utama..

Siasatan awal oleh Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pintu depan bilik berkenaan dalam keadaan berkunci dari dalam hingga terpaksa dipecahkan.

“ Katanya turut ditemui satu tong berisi minyak petrol di belakang almari pakaian dalam bilik tersebut selain terdapat kesan renjisan minyak petrol pada dinding bilik.

Menurut maklumat yang  diperoleh daripada rakan baik wanita itu yang juga bekerja di Hospital Kampar, mangsa sering menceritakan masalah keluarga dan perkahwinannya selain sudah bercerai dengan suaminya.

“Mangsa juga pernah memberitahu rakan baiknya itu supaya menguruskan mayatnya serta jangan sesekali menyerahkan mayatnya kepada keluarga, sekiranya mangsa meninggal dunia.

“Siasatan awal polis mendapati motif kejadian adalah bunuh diri disebabkan masalah peribadi dan keluarga yang dihadapi mangsa. Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar bagi bedah siasat.­­­

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here