K. Devan mengatur langkah baharu.

Pengendali baharu Negeri Sembilan FC, K. Devan mula mencatur  langkah bagi mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijangka bermula pada penghujung Februari tahun depan.

Menurut Devan, satu sesi penilaian akan diadakan bagi membolehkan beliau menilai pemain yang akan dikekalkan bersama skuad Hobin Jang Hobin pada musim depan.

Devan pernah melatih pasukan Selangor, Pulau Pinang, Felda United FC, Kelantan dan PJ city FC kemudiannya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua pada tahun 2015, namun gagal meraih sebarang kejuaraan. 

“Kita sedang mencari pemain dan belum lagi selesai. Walaupun kita ada sasaran beberapa pemain tetapi ia masih belum muktamad. Apabila sudah berputus, nanti pihak pengurusan akan buat pengumuman,” katanya dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here