Jemaah Menteri telah memutuskan pengenalan tulisan Jawi tetap diteruskan di sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah Kebangsaan (SK) mulai tahun 2021.
Kementerian Pendidikan memutuskan pengajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu di (SJK) dan (SK) bagi murid darjah dua hingga darjah empat.
Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada seni, warisan dan sejarah yang perlu dihargai dan diperkayakan.
Menurutnya, pengajaran tulisan Jawi kepada murid-murid cuma sekadar proses pengecaman seperti dalam wang kertas kita ada tulisan Jawi di belakangnya.
Muslimin berkata pengenalan tulisan Jawi bukanlah seperti dimomokan oleh sesetengah pihak pertubuhan agama.