Penyakit Misteri di Hyderabad.

Seorang penduduk di Andhra Pradesh, India maut manakala lebih 570 lagi dimasukkan ke hospital akibat jangkitan yang tidak diketahui.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Andhra Pradesh antara simptom-simptom penyakit ini adalah tidak sedarkan diri, sawan dan mual.

Jabatan Kesihatan Negeri juga sudah mengambil maklum ketika kes pertama dikesan hujung minggu lalu, disusuli kematian lelaki berusia 45 tahun, kata Pengarah Kesihatan Awam Negeri Andhra Pradesh, Geeta Prasadini.

“Kami akan mengambil sampel darah bagi penyiasatan serologi dan ujian bakteria bagi mengesan sebarang jenis meningitis,” katanya.

Pihak berkuasa turut akan menyiasat bekalan susu dan air bersama Indian Institute Of Carpet Technology (IICT) di 20 lokasi berhampiran bandar Eluru yang dikatakan menjadi punca penularan penyakit berkenaan.

“Punca jangkitan belum diketahui lagi,” kata Ketua menteri Andra Pradesh Y.S. Jagan Mohan Reddy sambil menjelaskan pesakit itu daripada pelbagai kumpulan peringkat usia.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan ujian serologi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here