GELARAN POPULAR MULLAI ARTIS DRAMA BERSIRI MATI TERGANTUNG

Chennai : Pelakon drama bersiri Tamil VJ Chitra 28, ditemui mati tergantung di sebuah hotel lima bintang hotel di Chennai, pagi semalam.

Pelakon  drama bersiri yang mula popular melalui  siri televisyen Pandiyan Store  di dapati tergantung di kipas dalam bilik hotel yang didudukinya bersama tunang beliau.

Pihak polis Chennai telah mengesahkan kejadian ini dan juga mengatakan ada kesan-kesan calar pada mukanya.

Kejadian ini berlaku ketika tunangnya keluar seketika dimana pada masa itu mangsa dipercayai mengunci pintu dan gantung dan membunuh diri . Setelah tunangnya pulang ke bilik gagal menerima respon dari dalam bilik lalu menyuruh pelayan hotel untuk membukakan pintu dan terjumpa Chitra tergantung diri. Bagaimanapun, tiada nota ditemui di biliknya.

“Ia sesuatu yang menyedihkan untuk kami berkongsi bahawa Chitra tidak lagi bersama kita”, menurut artis serial sekerja dan peminat sosial media. Peminat dan pengikut sosial media dalam ciapan di Twitter, meluahkan perasaan mengenai berita mengejutkan itu.

Chitra merupakan seorang artis yang berbakat dan dapat berhibur hati ribuan peminat dalam serialnya.

Beliau memulakan kerjayanya dalam saluran Makkal TV  membintangi dalam pelbagai drama bersiri dalam perwatakan kecil-kecilan. Dalam saluran Vijay TV melalui drama bersiri Saravanan Meenachi 2 beliau menciut hati para peminat . selain drama bersiri Chitra juga menjadi model pengiklanan dan mulai 2018 lakonannya mendapat pujian terutama  watak Mullai  dalam drama bersiri  Pandiyan Store.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here