Saarani, Menteri besar Perak yang ke -14

Kuala Kangsar, Dis 10-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muhiddin Shah.

Jurucakap Sultan Perak Datuk Sri Anuar Zaini mengumumkan kenyataan ini dalam perjumpaan wartawan di Istana Kinta, Ipoh semalam.

Menurut  Sultan Nazrin Muhuddin Shah Saarani memperolehi sokongan majoriti sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan. Ahmad Faizal, yang gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat  lalu.

Majlis angkat sumpah berlangsung pada pagi ini jam pukul 11 di hadapan baginda Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Suaidi Abdul Rahim.

Sabtu lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Namun, segala kemelut pemilihan jawatan itu akhirnya terungkai selepas persetujuan dicapai dalam pertemuan di Parlimen semalam, dihadiri Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saarani, 59 adalah anak kelahiran Lenggong, Perak dilahirkan pada 13 Mac 1961, memperoleh Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kemudian melanjutkan pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan sumber manusia di Open University Malaysia (OUM).

Ahli politik berpengalaman ini juga pernah menjadi Ketua Pembangkang di DUN Perak sewaktu Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negeri itu pada Mei 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here