MASALAH BANJIR DI KLANG.

Krisis banjir yang melanda bandar Klang sejak bertahun-tahun perlu ditanggani secara teknikal. Suatu memorandum berkenaan telah diberikan kepada Majlis Perbandaran Klang  oleh  Ketua Persatuan Perpaduan Hak Kemanusiaan En. Selventhiran Muniandy.

Menurut ketua persatuan itu, masyarakat yang menghuni di Taman Sentosa, Klang  semakin hari semakin mengalami tekanan emosi oleh krisis banjir ini.

Klang merangkumi sebanyak 62, 678 hektar luas kawasan sumber penakungan air hujan dan ianya  tidak mencukupi. Kawasan-kawasan melanda banjir perlu menmyediakan kolam air takungan. Khusunya, Taman Saujana 3 dan  Taman Angkasa mangalami banjir walaupun menerima taburan hujan yang sedikit.

Walaupun mempunyai  alat teknologi seperti mesin penyedut air takungan ianya  tidak selalu dapat membantu. Kadang kala rosak ataupun tiada pengendali untuk mesin tersebut..

Jabatan Pengairan dengan Majlis Perbandaran perlu mengidentifikasikan kawasan-kawasan yang perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk membendung krisis ini. .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here