COVID 19: SARAVANAN JALANI KUARANTIN.

Kuala Lumpur, Dis 12–

Seorang individu  positif COVID-19 menjadi kontak rapat dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan lalu beliau menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu.

Ahli Parlimen Tapah itu memberitahu New Straits Times, beliau menjalani perintah kuarantin itu selepas menjadi kontak rapat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Datuk Shahul Hameed Dawood. Beliau mengesahkan berita ini melalui whatapp.

Sementara itu, HRDF dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan ibu pejabatnya di sini, ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

Kakitangan itu kini mendapat rawatan dan di bawah pemantauan pegawai perubatan.

“Selain itu, semua kakitangan HRDF menjalani ujian saringan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga dan keadaan kesihatan mereka akan terus dipantau.

“Di HRDF, kesihatan dan kesejahteraan kakitangan dan pelanggan adalah keutamaan. Kami akan terus mematuhi proses pengendalian jangkitan serta melakukan langkah pencegahan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya.

HRDF bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat kakitangan yang positif COVID-19 itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here