JANA UNTUK PERUSAAHAN KECIL DAN SEDERHANA

Kuala Lumpur, Dis 12-

Sebanyak RM1.2 diperuntukan oleh kerajaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro daripada suntikan RM140 juta dalam Bajet Belanjawaan 2021.

Pelbagai agensi kerajaan turut memberikan kemudahan dari segi pinjaman mudah dan geran termasuk menerusi Belanjawan 2021, bagi memastikan (PKS) mendapat sokongan dan kemudahan operasi perniagaan serta peluang untuk berkembang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkata “Kerajaan berharap kesemua sokongan yang diberikan ini akan membolehkan mereka berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang  berserta penerapan teknologi”.

“Dalam pandemik covid-19 ramai jurutera, juruterbang dan graduan berfikiran moden dalam mengatasi krisis kewangan yang sesuai dalam norma baharu ini,” katanya.

“Mereka lekas memulakan jajaan makanan dan minuman di tepi jalan. Saya  turut mendapat peluang untuk menemu mereka yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan seminggu lalu.

Beliau turut berkata, “Umum mengetahui bahawa PKS dan PKS mikro adalah tunjang kepada ekonomi negara, dan kerajaan sentiasa memberi sokongan berterusan sejak dari pelaksanaan pakej PRIHATIN sehinggalah perangkaan Belanjawan 2021 baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Laporan LAKSANA Ke-32 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here