KEMALANGAN DI ROMPIN AKIBAT PANDU BAWAH PENGARUH DADAH.

 

ROMPIN, Dis 12- Dua kakitangan  Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP)  maut selepas pacuan empat roda milik Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki ketika dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di KM 32, Jalan Pekan-Rompin.

Dalam kejadian pada 10 pagi Isnin lalu , pemandu JKNP, Mohd Zuhairi Abdullah, 35 dan jururawat, Julayha Kudus, 39 berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu lori tangki tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian dua kakitangan Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP), Isnin lalu.

P Kaingeyen, 34, yang beralamat di Kuantan, kira-kira 115 kilometer (km) dari sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan.

Kaingeyen juga didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, dan seorang pemandu Myvi, Azlida Mohamad Ramli, 41, pada masa dan tempat yang sama.

Kemalangan itu turut membabitkan sebuah Myvi dinaiki seorang suri rumah bersama dua anaknya.

Di mahkamah sama, Kaingeyen juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah methamphetamine yang didakwa dilakukan pada 7 malam, 7 Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, dekat sini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here