JAWATANKUASA KHAS UNTUK ISU PEMINDAHAN SEKOLAH

Taiping, Dis 14-

Cadangan Kerajaan bagi menggabungkan sekolah-sekolah tamil yang mempunyai bilangan murid yang kurang, seolah-olahnya seperti  menghanyutkan sekolah-sekolah tamil.

Menurut bekas biro pendidikan MIC negeri Perak, Ko. Shanmugavelu bagi menangani isu ini MIC harus menubuhkan suatu jawatankuasa khas untuk memantau isu pemindahan dan penubuhan sekolah-sekolah tamil.

Dasar Menteri Pendidikan tahun 2018 dirancang untuk menggabungkan sekolah-sekolah bilangan muridnya kurang daripada 30 murid di sebuah sekolah.

Sebanyak 127 buah sekolah Tamil mempunyai bilangannya kurang daripada 30. Menurut beliau, sekolah yang kurang daripada 20 orang dalam keadaan yang terancam.

Dalam keadaan sedemikian Ketua Biro pendidikan, bekas Timbalan  Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan turut menyokong cadangan Ko. Shanmugavelu bagi meneguhkan sekolah-sekolah tamil.

Ketua MIC cawangan Bukit Gantang serta Ketua Lembaga Pengurusan Sekolah Taman Gaya Shanmugaveloo bercadang untuk menubuh jawatan kuasa penasihat ini sebagai batu loncatan dalam penyelesaikan masalah pemindahan sekolah-sekolah tamil.

Dalam masa kepimpinan Tan Sri S A Vignesvaran Presiden Nasional MIC yang telus, perkasa dan fikiran berpandangan jauh, penubuhan ini amat penting bagi masa depan sekolah-sekolah tamil.

Bermula dari Pemimpin Nasional, Negeri, Daerah, Cawangan menurun padang untuk isu ini supaya MIC dapat menyusun dan mengumpul dokumen bagi  mencari penyelesaian untuk penghijrahan sekolah-sekolah tamil ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here