KADAR PENGAGGURAN NAIK LAGI

Muar, Dis 13-

Kadar pengangguran tahun ini bertambah kepada 5.6 peratus merupakan 700,000 orang penganggur daripada hanya tiga peratus pada tahun 2019.

Kerajaan akan berusaha mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara (MPN), walaupun sedar berhadapan dengan keadaan ekonomi getir berikutan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata  demikian ketika berucap pada majlis sambutan Deepavali peringkat Pagoh di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Temiang Renchong semalam.

Jumlah mereka yang tiada pekerjaan meningkat, mereka yang berniaga terpaksa gulung tikar kerana rakyat tiada pendapatan, menyebabkan mereka menanggung kerugian. Mereka tidak mengambil pekerja baharu dan yang ada pun terpaksa diberhentikan.

Pada masa sama, beliau turut meminta Kementerian Sumber Manusia dan kementerian lain yang berkenaan menggunakan dana RM2 bilion yang disediakan kerajaan untuk melatih lebih ramai golongan muda, khususnya dalam bidang kemahiran.

Ketika ini, ramai graduan dan lepasan sekolah gagal memperoleh pekerjaan dan beliau yakin kemahiran yang diperoleh mampu membantu golongan berkenaan menyara kehidupan, katanya.

Majlis Pekerjaan Negara (MPN) akan  dipengerusikan dibawah perdana menteri sendiri, dengan tujuan menentukan ekonomi negara dapat terus lebih tersusun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here