KUARATIN 10 HARI SAHAJA

Putra jaya, Dis 13

Tempoh masa perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan kepada 10 hari daripada tempoh 14 hari mulai hari ini.

Manakala individu yang disahkan  COVID-19 untuk memendekkan tempoh kuarantin selama 10 hari harus dikaji semula oleh Kementerian Kesihatan (KKM) .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengurangan tempoh kuarantin itu turut terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.

Dr Noor Hisham berkata, antara negara yang memendekkan tempoh kuarantin ialah United Kingdom, Jerman dan Belgium yang menurunkan tempoh berkenaan daripada 14 ke 10 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here