“Saya tidak mahu rakyat kita mati kebuluran akibat wabak COVID-19” – PERDANA MENTERI

Muar, 13 Dis-

Sektor perniagaan negara terjejas teruk dengan ramai pekerjanya kehilangan kerja. “Saya tidak mahu rakyat kita mati kebuluran akibat wabak COVID-9 dan kemiskinan,” kata  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin .

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Deepavali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Dewan Muniandy, Sagil, Tangkak, hari ini.

Kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti taraf kemiskinan baharu rakyat negara ini, yang terkesan susulan penularan wabak COVID19. Kajian itu perlu dilakukan berikutan status sosial rakyat semakin berubah, terutama membabitkan golongan B40 berikutan penularan wabak berkenaan.

Oleh itu, satu kajian menyeluruh sedang dibuat bagi mengenal pasti berapa ramai rakyat kita jatuh lebih bawah daripada paras miskin.

Semua sekatan perjalanan dilonggarkan di seluruh negara bagi membolehkan sektor perniagaan hidup semula. Beliau mengajak rakyat supaya sama-samalah bangunkan semula ekonomi kita.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here