TIKAM BAYI AKIBAT TEKANAN CERAI

Subang Jaya, Dis 13-

Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan ditikam ayah kandungya sendiri dalam kejadian di tingkat 4 di sebuah Flat Puchong Permai pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman berkata motif kejadian itu dipercayai akibat suspek mengalami tekanan perasaan selepas ditinggalkan isterinya.

Suspek berusia 27 tahun itu, bekerja di sebuah kedai aksesori kenderaan dikatakan sudah bercerai dengan isterinya selepas beberapa bulan berkahwin menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.

“Ayah mangsa turut didapati positif dadah jenis metamphetamine,” katanya ketika ditemui di Subang Perdana pada Ahad.

Abdul Khalid berkata, mangsa dalam keadaan stabil di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, dalam kejadian jam 4 petang pada Sabtu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Azie 30-an berkata beliau dengar bunyi ketukan kuat pada dinding sebelum mlihat ibu kepada suspek mundar-mandir di hadapan rumah.

Saya melihat ibu suspek dalam keadaan panik di luar rumahnya. Dia memaklumkan anak lelakinya mengamuk lalu menghalaunya keluar dari rumah sebelum mengunci pintu dari dalam, katanya.

Saya difahamkan bayi berkenaan tinggal bersama bapanya selepas lelaki itu bercerai dengan isterinya kira-kira dua tahun lalu” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here