BELANJAWAN 2021 LEPASI

Kuala Lumpur, Dis 16-

Dewan rakyat meluluskan Rang undang-undang perbelanjaan 2021 apabila dibaca kali ketiga diluluskan menerusi undian belah bahagian semalam.

111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan seorang tidak hadir, umum Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun. Difahamkan ahli parlimen yang tidak hadir ialah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)

Sebaik keputusan dibacakan Menteri kewangan  Tengku Datuk Seri  Zafrul Abdul Aziz  bangun untuk mengemukakan permintaan supaya usul RUU perbekalan 2021 dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

Azhar kemudian mengumumkan RUU perbekalan 2021 diluluskan selepas mendapat persetujuan dalam kalangan majoriti Ahli Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tapah yang juga Menteri Sumber Manusia, M Saravanan serta P Prabakaran (PH- Batu) mengundi dari galeri awam kerana masih dalam kuarantin Covid -19 dengan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here