KEMENANGAN HANYA DENGAN TIGA PERBEZAAN

Shah Alam, Dis 16-

Kemenangan yang diperolehi oleh kerajaan semasa Rang Undang-Undang(RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) diluluskan di Dewan Rakyat menunjukkan kerajaan seharusnya berhati-hati dalam memastikan ia mampu menepis persoalan legitimasi.

Penganalisis Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Sivamurugan Pandian turut melihat kerajaan juga masih lagi mendapat sokongan di Parlimen walaupun dengan jumlah yang tipis.

“Belanjawan ini walaupun bukan dilihat sebagai usul undi percaya tetapi ia juga memberikan gambaran ke atas kerajaan yang masih mendapat sokongan dan menafikan beberapa pandangan seolah-olah ia akan tumbang hari ini, ” katanya di sini pada Selasa. 

Mengulas mengenai kegagalan pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan Sivamurugan berpendapat, pembangkang hanya mahu menggunakan Parlimen bagi membuat pertimbangan ke atas legitimasi politik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya rasa percaturan ini akan berterusan kerana majoriti kerajaan masih tipis lagi,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here