Anak Bukit, Dis 15-
Tindakan menghina martabat kaum India sejak beberapa minggu lalu oleh Menteri Besar Kedah Muhamad Sanusi amat ditegas oleh beberapa pihak.
Suatu memorandum diserah kepada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah oleh Mythiyar Muthu Ramalingam mengenai hal ini. Menteri besar sesebuah negeri tidak harus berbelah bahagi bagi perpaduan kaum.
Pengorbanan kaum India untuk membangunkan negara dan kemerdekaan tidak boleh dinafikan, kata Mythiar. Umumnya sesuatu kaum di negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk harus dihormati dan bukan dicaci. Manakala Menteri besar masih menghina dan melunturkan kata-kata kesat.
Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Alor Setar dan Sungai Patani berkumpul di istana untuk menyokong Mythiar