PETANI INDIA BERMOGOK

New Delhi, Dis 15-

Puluhan ribu petani di India semalam melancarkan tunjuk perasaan kedua dalam seminggu bagi mendesak penghapusan tiga undang-undang baharu yang didakwa ia mengurangkan hasil jualan dan menjejaskan pendapatan.

Semua petani itu berkhemah di sepanjang sekurang-kurangnya lima lebuh raya utama di pinggir New Delhi dan enggan berganjak selagi kerajaan tidak mansuhkan undang-undang berkenaan, selain turut melancarkan mogok lapar semalam.

Dengan hampir 60 peratus penduduk India terbabit dalam pertanian, tunjuk perasaan itu dilihat sebagai ancaman paling hebat terhadap kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP)  pimpinan Narendra Modi.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here