BERHATI-HATI  BUANG SAMPUL BUNGKUSAN

Kuala Lumpur, Dis 17-

Satu video yang yang menular berkaitan maklumat peribadi termasuk nombor telefon yang diperoleh penjenayah melalui bungkusan pembelian barangan secara dalam talian.

Dalam video itu, suspek memperoleh maklumat peribadi mangsa seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah daripda bungkusan kiriman barang yang dibuang oleh mangsa ke dalam tong sampah di tempat awam.

“Kaedah pembelian secara dalam talian menjadi trend masyarakat pada masa ini” kata Pengarah Jabatan siasatan Jenayah komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob.

“Suspek akan menghubungi dan mengganggu mangsa dengan menggunakan nombor telefon berlainan bertujuan bagi mendapatkan wang.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan pembuangan sampul surat atau bungkusan mengandungi maklumat peribadi dilakukan secara selamat bagi memastikan ia tidak digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here