KUIL MADURAI VEERAN SELAMAT

Juru,  Dis 17-

Sebuah tempat beribadat Hindu di Juru telah diselamatkan oleh Timbalan Ketua Menteri Prof. Dr. Ramasamy.

Kuil tersebut merupakan antara salah satu kuil tertua di Juru yang disembah oleh masyarakat India di kawasan tersebut.

Kuil Madurai Veeran itu dirancang untuk perobohan bagi menaiktarafkan jalan. Pejabat daerah menyerahkan memo untuk merobohkan kuil Madurai veeran, kata Ketua Persatuan kebajikan dan kebudayaan kaum India Pinang, Bala Nambiar.

Ahli jawatankuasa kuil Madurai Veeran membawa isu ini kepada Bala Nambiar lalu Pemimpin Kebajikan Amal Hindu Pinang membawa ke perhatian Professor Ramasamy untuk meminta bantuan.

Setelah beliau mengadakan perbincangan dengan lembaga-lembaga dan pertubuhan berkaitan perobohan kuil tersebut diperhentikan.

Bersatu padu dengan berganding bahu penglibatan pelbagai badan bukan swasta  mencari jalan penyelesaian. Diikuti dengan itu, suatu pooja yang khas diadakan di kuil itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here