SEKOLAH TAMIL HARAPAN KAMI

Banting, Dis 17-

Dalam masa sebulan lagi sekolah-sekolah kemungkinan akan dibuka selepas pandemik Covid-19. Tendesi ibu bapa untuk menghantar anak-anak  ke sekolah tamil menjadi persoalan bagi aktivis tamil.

Demi memanjangkan hayat dan melindungi sebanyak 527  sekolah-sekolah tamil di negara ini, ibu bapa memiliki tanggungjawab yang penting dalam mendaftarkan anak-anak di sekolah Tamil mulai Januari ini,  kata Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Teluk Panglima Garang, En Venmani.

Segelintir masyarakat yang berfikiran jumud berpendapat bahawa belajar di sekolah tamil tidak menentu masa depan dan pemilihan kerjaya agak sukar dan sebagainya menjadi alasan utama bagi kemerosotan bilangan murid didaftar ke sekolah Tamil. Sikap masyarakat yang pesimis harus berubah di kalangan ibu bapa, kata Ahli Lembaga Pengurus SJKT Sungai Sidu A. Nathan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here