TIGA BERADIK MAUT, IBU PARAH

Ipoh, Dis 17-

Tiga beradik menemui ajal selepas kereta Perodua Axia yang dipandu oleh ibu mereka terbabit kemalangan dengan dua treler di Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis berkata , siasatan awal mendapati, kemalangan ketika hujan itu dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu oleh Nur Aimi Nadiah terbabas sendiri sebelum melanggar dari belakang sebuah treler.  

“Difahamkan kereta dari arah sama itu berada di lorong kanan sebelum hilang kawalan dan berpusing melanggar bahagian belakang treler” kata Timbalan Ketua Polis daerah Ipoh, Mohammed Nordin Abdullah.

“Mangsa maut yang berusia setahun hingga tujuh tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibu mereka yang parah dikejarkan ke Wad Kecemasan hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)untuk rawatan lanjut” katanya.

Kesemua mangsa dikatakan, beralamat di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Beliau berkata punca kemalangan masih belum dikenal pasti dan bedah siasat akan  dilakukan kira-kira jam 3 petang semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here