FERI IKONIK PULAU PINANG KEKA

Pulau Pinang, Dis 18-

Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan bagi memastikan perkhidmatan ikonik bagi negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu dapat dikekalkan. 

Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidamtan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan” kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang.

Sementara itu, pelabuhan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu sejak 126 tahun lalu, akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari depan.

Feri yang sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh yang sama.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang menyambut baik jaminan Kerajaan Persekutuan dan berharap ia menjadi realitI supaya pengangkutan ikonik dan bersejarah dapat terus berbakti kepada penduduk negeri itu,  rakyat Malaysia dan pelancong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here