“JANGAN HALAU KAMI” –  PENDUDUK KAMPUNG MANIS

PRAI, Dis 17-

Penduduk Kampung Manis berhimpun setelah mendapat sehelai surat pekeliling untuk mengosongkan kediaman bagi tujuan perancangan pembangunan. Permogokan ini disokong dan  dipimpin oleh Timbalan Ketua menteri Profesor. Dr. Ramasamy.

“Patutkah penduduk yang menghuni selama ini  sejak sebelum kemerdekaan dihalau keluar? Adakah tindakan kerajaan wajar menghalau mereka?” bertanya Prof. Ramasamy.

 “Kerajaan Pulau Pinang tidak akan membenarkan pembangunan yang dibawa oleh Railway Asset Corporation Management (RAC) tanpa membayar sebarang ganti rugi kepada penduduk Kampung Manis”, kata Prof. Ramasamy.

“Kami mengusahaan tanah berhutan kepada ekonomi perladangan getah dan memulakan kehidupan di sini sejak beberapa dekad. Tetapi dengan selembar surat pekeliling menghalau kami dari sini tidak wajar. Menurut arahan RAC penduduk yang tidak menurut perintah akan didenda 5juta dan dimasuk penjara selama 5 tahun, ia mencetus kebimbangan dan mengurung perasaan kami”, kata seorang warga emas yang tinggal selama 50 tahun di situ.

Seramai 200 buah keluaraga menghuni di Kampung Manis yang berlokasi dengan kilang Gula.  

“Kami tidak akan mengosongkan tempat kediaman kami tanpa mendapat keputusan yang adil dan ganti rugi yang sewajarnya sebab inilah satu-satunya mata pencarian kami sejak dulu lagi” kata penduduk yang mendukung keadilan.

Turut hadir ADUN  Bagan Dalam YB Satees Muniandy menyeru keadilan dari RAC demi kesejahteraan penduduk Kampung Manis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here